Wednesday, February 24, 2010

SEKAPUR SIREH SEULAS PINANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Demi masa sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian. Manusia mudah lupa, ego, mengutamakan duniawi walaupun tahu dunia ini hanya pentas hidup yang sementara. Manusia lebih mementingkan material hidup, angkuh dengan kuasa dunia dan tiada keseimbangan kehidupan.
Umumnya semua ketahui kehidupan ini perlukan keseimbangan di mana asal kejadian baik manusia, binatang mahupun tumbuh-tumbuhan, ianya berpasang-pasangan. Hanya ilmulah yang akan mencorakkan kehidupan kita ke arah yang kebaikan atau pun keburukkan kerana ianya bergantung kepada nafsu hidup.
Maka dengan ini, semuga di laman ini dapat kita pelajari dan insafi erti kehidupan melalui bahan-bahan sejarah, gambar-gambar dan berbagai lagi bahan tapak sumber ilmu yang berguna untuk kita semua. Selamat membaca.

Sekian, terimakasih.